20 Jun 2007: Seorang lelaki telah selamat tiba di KL. Dia menginap di sebuah hotel yang sangat selesa dan lengkap dengan kemudahan. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya yang tersayang. Malangnya, tanpa disedari, dia telah tersalah taip alamat e-mail yang lain dan bukan alamat email isterinya. Tanpa menyedari kesilapannya itu, dia terus menghantar e-mail tersebut.
Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru saja sampai ke rumahnya selepas pulang dari majlis pengebumian suaminya yang meningal dunia akibat serangan jantung. Dalam kesedihan akibat kehilangan suami, janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya..... manalah tau kalau-kalau ada mesej / ucapan takziah daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membuka dan membaca e-mail pertama.............. si janda tersebut terus jatuh pengsan. Anak lelaki janda tersebut bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai. Dia yang kehairanan terlihat mesej di skrin komputer, dia pun menghampiri skrin komputer tersebut dan membaca mesej yang tertera pada skrin tersebut. Mesej kepada ibunya itu berbunyi: Kepada : Isteri kesayangankuTarikh : 20 Jun 2007Subject : Abang telah selamat sampai................Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatangan Sayang pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalanan Sayang ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.
Yang tidak sabar menanti kehadiranmu,
ABANG
Emel Drpd,
Wan Azman Wan Abdullah

No comments:
Post a Comment